QUITO 11 Julai - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda pantai barat laut Ecuador pada Ahad, menurut laporan Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Ia berpusat berhampiran bandar Esmeraldas, di barat laut Quito, pada kedalaman kira-kira 35 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami sejurus selepas ia melanda.