Boleh tahan juga kritikan yang ditinggalkan pengikut Instagram Fathia Latiff di bahagian komen. Semuanya hanya kerana sekeping gambar pelakon berkenaan ketika menjalani penggambaran di Sepanyol baru-baru ini.

Rata-rata komen yang ditinggalkan mengkritik Fathia kerana membuka aurat di luar negara malah ada yang menyatakan bahawa mereka sudah membeli tudung keluaran Fathia atas tanda sokongan namun begini pula jadinya.

Namun masih ada peminat yang menasihati Fathia secara baik dan turut mendoakan agar pelakon ini sentiasa kuat untuk beristiqamah dalam berhijab.

Lebih menarik lagi, Fathia tidak cepat melatah sebaliknya hanya meninggalkan reaksi cukup tenang – thanks for all the advice. Will try to improve InsyaAllah.


Bermula daripada teguran itu juga, rata-rata gambar yang dimuatnaik selepas itu semuanya bertudung litup. Semoga Fathia kekal tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan mendatang. - Rotikaya