GEORGETOWN 30 Jun - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memaklumkan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa sehingga mesyuarat DAP negeri membuat keputusan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, keputusan sama ada beliau akan bercuti buat sementara, termasuk keperluan melantik pemangku Ketua Menteri, akan ditentukan dalam mesyuarat berkenaan.

"Buat sementara ini, ia berjalan seperti biasa dan parti akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Guan Eng enggan memaklumkan bila mesyuarat itu diadakan.

Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, di sini dan meluluskan pengezonan semula tanah pertanian.