SEKINCHAN 12 Jun - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato' Jamal Md Yunos membuat laporan polis di Balai Polis Sekinchan pada petang ini berhubung papan iklan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dari parti pembangkang yang memfitnah beliau dengan mengaitkannya dengan kenyataan 'Cina Babi'.

Laporan itu bagi mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas kerana terbukti pihak pembangkang terutamanya DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sengaja membakar api perkauman yang kesannya akan menimbulkan ketegangan dari kalangan masyarakat melayu dan cina di kawasan ini.

Papan iklan yang dipamerkan di sekitar kawasan Sekinchan sekitar 8 Jun lalu turut menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akan tetapi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menurunkan kesemua papan iklan itu pada hari yang sama.