KUALA LUMPUR 27 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet baharu di Putrajaya, sebentar tadi.
Ia berikutan lima kekosongan jawatan, iaitu tiga menteri dan dua timbalan menteri.
Pengumuman tersebut juga dijangka akan dibuat dalam sidang media khas Kabinet di pejabatnya pada jam 3.15 petang.
Berikut senarai rombakan Kabinet baharu:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri S.K. Devamany
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan – Tan Sri Noh Omar
Menteri Kewangan ke-2 – Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Mah Siew Kiong
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Othman Aziz
Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor
Timbalan Menteri KPDNKK – Datuk Henry Sum Agong