BANGKOK 26 Jun - Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) mengesahkan satu daripada helikopternya hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari pangkalan udara Don Mueang ke Rayong pada 2.40 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.

Jurucakap RTAF Air Vice Marshal Pongsak Semachai dalam satu kenyataan pada malam semalam berkata, helikopter utiliti Huey bersama-sama tiga tentera udara berlepas dari pangkalan udara dekat Bangkok sejam awal pada 1.40 petang.

Tentera udara mengenal pasti juruterbang helikopter malang itu sebagai Ketua Skuadron Paset Techasen, bersama-sama dua lagi, Leftenan Penerbangan Alongkorn Jankrajang dan Sarjan Penerbangan Kelas Pertama Wisut Puttaraksa.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mencari helikopter hilang itu dihentikan hari ini dan akan bersambung Ahad, katanya.