KUALA LUMPUR 20 Mei - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama pada saingan separuh akhir badminton Piala Thomas menentang Denmark, selepas menang 23-21, 21-18 ke atas Viktor Axelsen di Kunshan, China, sebentar tadi.

Axelsen bagaimanapun memberi saingan sengit pada set pertama namun Chong Wei mengakhirinya dalam masa 21 minit.

Pada set kedua, Chong Wei lebih banyak mengasak Axelsen di jaring namun pemain Denmark itu mengekori rapat sebelum set dimenangi Chong Wei juga dalam tempoh 21 minit.