BAGAN SERAI 22 Mei - Seorang remaja lelaki ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Tanjung Piandang, Kuala Kurau dekat sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Tajul Arif Ahmad berkata,‎ mangsa, Tan Yin Cheng, 16, dari Tanjung Piandang dipercayai terjatuh ke dalam laut petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai insiden itu kira-kira jam 6.45 petang.

"Mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan mencari dan nelayan pada 8.30 pagi tadi berhampiran sangkar ikan kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa terjatuh," katanya.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.