MACHANG 5 Mei - Seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas digilis kereta api di Kampung Belukar, Temangan, tadi.

Mangsa yang dipercayai seorang penagih dadah, dikatakan tidur di atas landasan kereta api, sebelum digilis pada jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.49 pagi daripada kakitangan kereta api memaklumkan kejadian itu.

Katanya, ketika kejadian kereta api itu dalam perjalanan dari Tumpat ke Dabong.

"Hasil siasatan mendapati, badan mangsa berkecai akibat diseret kereta api berkenaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya.