KUALA LUMPUR 16 Mei - Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dilarang daripada ke luar negara pada Sabtu malam.

Maria ketika itu berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Korea Selatan bagi menerima anugerah hak asasi manusia.

Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Twitter Bersih 2.0 pada jam 10.03 malam tadi.

“Pengerusi Bersih Maria Chin dihalang keluar negara. Kini di lapangan terbang. Tiada penjelasan diberikan selain 'arahan Putrajaya',” menurut Twitter Bersih 2.0.

Menurut satu lagi tweet Bersih, Maria sepatutnya menerima Anugerah Gwangju dari Korea.

“Bersih mengutuk sekeras-kerasnya halangan Maria Chin keluar negara. Zahid Hamidi harus beri penjelasan dengan serta-merta,” kata tweet Bersih2.0.