SUBANG 6 Mei - Jenazah Timbalan Menteri, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bakal dibawa pulang dari Kuching dengan penerbangan ihsan sekitar jam 8.30 malam dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang kira-kira jam 10.30 malam.

Jenazah Ahli Parlimen Sungai Besar itu akan dibawa pulang ke Sungai Burong yang terletak di Tanjung Karang, Selangor sejurus selepas itu.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Jamal Md Yunos hasil perbincangan bersama Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar di kediaman Allahyarhaman petang tadi.

Turut serta bersama Datuk Noriah Kasnon termasuk Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.