LONDON 27 Mei - Perdana Menteri Britain, David Cameron mengucapkan tahniah kepada Donald Trump yang berjaya melalui maraton luar biasa sehingga dipilih sebagai calon presiden Republikan dalam pemilihan pendahuluan AS.

Menurut Cameron keputusan itu menjadikan pilihan raya presiden yang berkemungkinan akan menemukan Trump dengan Hillary Clinton, sebagai pertandingan yang sangat menarik untuk kita semua tontoni".

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengucapkan tahniah kepada Trump, Cameron berkata: "Saya akan mengucapkan tahniah kepada sesiapa saja yang berjaya melalui proses marathon sukar seperti itu dan mendahului salah sebuah parti politik terbesar di Amerika Syarikat. Ia sebuah marathon yang luar biasa."

Bagaimanapun, beliau tidak akan terbabit dalam pilihan raya itu dengan memberi sebarang pandangan tambahan kepada Trump.

Baru-baru ini beliau bertegas dengan pendirian bahawa cadangan Trump mengharamkan orang Islam daripada memasuki Amerika Syarikat adalah berbahaya dan mampu memecah-belahkan. - AP