LOS ANGELES 26 Mei - Selepas New Mexico, tunjuk perasaan terhadap calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump kini menular ke California.

Protes berhampiran Pusat Konvesyen Anaheim pada Rabu itu menyaksikan lima individu ditahan.

Seorang lelaki memakai topeng badut antara yang ditahan pihak berkuasa.

Polis California sebelum itu telah mengeluarkan amaran kepada penunjuk perasaan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan dan provokasi.

Dalam protes serupa di New Mexico pada Selasa, beberapa anggota polis cedera selepas terkena balingan botol api oleh penunjuk perasaan.