Selepas sah bercerai buat kali kedua pada September tahun lalu, Adam AF mengakui dia terkejut mendengar berita bahawa bekas isterinya, Fiza Elite bakal mendirikan rumah tangga baharunya tidak lama lagi.

“Saya terkejut tetapi berasa gembira mengenai perkara tersebut. Alhamdulillah kalau dia sudah bertemu jodohnya sebab semuanya ketentuan Allah,” komen Adam.

Kepada sebuah akhbar tempatan Adam berkata, dia masih belum mempunyai sesiapa di hatinya selepas rumah tangga yang dibina bersama Fiza gagal.

Menyentuh tentang isu yang mendakwa Fiza merampas suami orang, Adam enggan memberikan sebarang komen kerana Fiza sendiri telah membuat penafian di ruangan komen akaun instagramnya apabila dikritik.

“Pada saya, ini merupakan isu sensitif. Saya tidak mahu komen kerana tidak tahu perkara sebenar dan sebagai bekas suami, saya doakan yang terbaik.

“Saya berharap dia dapat seseorang yang boleh menjaganya dengan baik” katanya.