KUALA LUMPUR 25 Mei - Brahim's Holdings Bhd akan menyelesaikan rundingan bagi perkhidmatan katering di atas gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan diselesaikan tidak lama lagi.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, berkata perbincangan berkenaan kini berada pada peringkat lanjutan sejak enam bulan lalu dan KTMB seperti tidak ada halangan dengan kerjasama itu.

"Kami telah mengadakan sesi ujian makanan dengan KTMB dan mereka sangat gembira dengan perkhidmatan yang disediakan. Kami sekarang ini menunggu pemformalan perjanjian," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.

Katanya, jika semuanya menjadi kenyataan, perjanjian itu akan mempunyai kesan yang positif ke atas pendapatan Brahim's memandangkan ia akan memberi perkhidmaan untuk 34-36 perjalanan setiap hari dengan keretapi KTMB.