KUALA LUMPUR 12 Mei - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan permintaan sederhana daripada pelabur dan kelemahan diperbaharui dalam dolar AS, kata seorang peniaga mata wang.

Pada jam 9.20 pagi, unit tempatan itu mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.0230/0280 dari 4.0330/0370 semalam.

Ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali euro.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9414/9470 dari 2.9434/9467 pada Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.7058/7121 dari 3.7106/7153.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.8100/8188 daripada 5.8120/8201, namun jatuh berbanding euro kepada 4.5947/6020 dari 4.5920/5969.