KUALA LUMPUR 11 Mei - Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS dan mata wang utama lain hari ini dilonjakkan dengan pembelian berterusan untuk menyokong unit mata wang tempatan.

Pada jam 9.20 pagi mata wang tempatan didagangkan kepada dolar 4.0420/0470 berbanding prestasi semalam 4.0470/0510.

Pelabur mengaitkan kenaikan itu sebagai pembetulan teknikal selepas kejatuhan ketara yang berlaku semalam.

Mata wang itu melantun semula berbanding Dolar Singapura kepada 2.9530/9575 berbanding prestasi Selasa 2.9579/9630 dan naik berbanding yen kepada 3.7021/7077 daripada prestasi semalam 3.7135/7182.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound British kepada 5.8403/8483 berbanding 5.8422/8496 dan semakin pulih berbanding Euro kepada 4.5986/6059 berbanding semalam, 4.6091/6153.