JITRA 26 April - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di pekan ini pecah akibat diletupkan penjenayah awal pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 5.15 pagi itu, menyebabkan wang dalam mesin ATM itu lesap, namun anggaran jumlahnya masih belum diketahui setakat ini.

Kejadian itu turut menyebabkan dinding cermin bilik ATM terbabit pecah sehingga mengakibatkan kaca bertaburan di atas lantai.

Sepasukan anggota polis dari Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kini di lokasi untuk membuat siasatan dan pemeriksaan.