GEORGETOWN 6 April - Seorang lelaki maut selepas ditikam di sebuah kedai makan di Pengkalan Weld, Gat Lebuh Macallum, di sini semalam.

Lim Cheong Wah, 58, ditemui dalam keadaan cedera parah dengan sebilah pisau tertusuk di sebelah kanan tengkuknya dalam kejadian pada 7 malam tadi, dan mangsa meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang tinggal di sekitar kawasan Macallum dilaporkan tidak bekerja.

Susulan itu, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun tidak jauh daripada kedai makan berkenaan bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit dipercayai pesakit mental," katanya.