PETALING JAYA 5 April - Dua letupan kecil dilapor berlaku di pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada jam 9.45 pagi ini dan mencederakan lapan orang.

Menurut pihak pengurusan pusat beli belah tersebut, sepertimana dilaporkan portal The Malay Mail Online, berlaku letupan kecil di dua restoran semasa kerja pemasangan kembali sistem gas petroleum cecair (LPG).

Menurut portal itu lagi, sistem gas telah pun ditutup dan pusat beli-belah itu sudah kembali dibuka kepada orang awam.

Pusat beli belah tersebut telah dikosongkan sejurus insiden yang dikatakan berlaku di restoran Chili’s.

Kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai yang mengalami kecederaan sudah pun dirawat.