AMPANG 15 April - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato Jamal Md Yunos hari ini membuat laporan polis susulan fitnah yang dilemparkan laman sosial Facebook yang menggunakan nama beliau menghina suku kaum iban setelah tidak membenarkannya ke Sarawak.

Beliau berkata, akaun facebook itu sengaja mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan dirinya seorang rasis di samping menimbulkan kebencian di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau juga memaklumkan seramai 30 laporan polis telah dilakukan berhubung tindakan pemilik akaun facebook yang tidak bertanggungjawab sebegini bagi menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat berhubung tindakan pemilik Facebook ini.

Namun, pada kali ini, kenyataan yang dikeluarkan dilihat agak keterlaluan dan sengaja dilakukan bagi melaga-lagakan hubungan baik beliau bersama pemimpin yang lain.

Dato Jamal juga mendesak pihak polis menyiasat pemilik laman facebook ini dan mengambil tindakan tegas bagi membersihkan namanya.