KUALA LUMPUR 14 April - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Jamal Md Yunos bersama beberapa wakil NGO Kumpulan Baju Merah sebentar tadi telah dilarang pihak Jabatan Imegresen Malaysia dari memasuki Sarawak.

Dato' Jamal bersama wakil NGO itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar jam 11:45 pagi tadi.

Pihak Imigresen menghalang Dato' Jamal memasuki Sarawak mengikut Seksyen 65 (1)a Akta Imigresen 1959/63.

Beliau dijangka pulang semula ke Kuala Lumpur pada pukul 2:35 petang ini dan akan mengadakan sidang media berhubung perkara tersebut pada jam 4 petang.