PARIS 30 April - Airbus Helicopters berkata semua penerbangan komersial penumpang menggunakan helikopter yang sama dengan Super Puma yang terhempas di luar pantai Norway semalam sudah digantung sementara.

H225 Super Puma yang membawa penumpang dari pelantar minyak Norway itu terhempas di Laut Utara menyebabkan kesemua 13 orang di dalam pesawat terbunuh.

Britain dan Norway berkata mereka turut menghentikan perkhidmatan semua helikopter yang sama jenis iaitu EC225LP.

Airbus Helicopters, satu unit dalam Airbus Group, berkata penggantungan sementara itu membabitkan semua jenis kumpulan pengangkutannya.

"Berikutan kejadian tragik ini dan sehingga semuanya elemen selesai (siasatan), kami akur dengan keputusan untuk menggantung penggunaan pesawat komersial EC225LP," kata syarikat dalam satu kenyataan. - Reuters