NORTH CAROLINA 29 April - Seorang lelaki ditahan selepas saksi mengatakan dia kencing di atas lantai sebuah pesawat penerbangan American Airlines dari San Francisco ke Charlotte Douglas.

Dalam laporan polis yang dipetik AP, Jordan Gardner, 28, ditahan sebaik pesawat mendarat.

Beberapa laporan media menyebut, saksi berkata Gardner melondehkan seluarnya sebelum membuang air kecil di atas lantai di dalam pesawat itu.

Dia kemudian dibawa ke tandas oleh pramugari sebaik diberitahu perilaku lelaki itu oleh penumpang.

Atendan penerbangan terpaksa mengunakan serbuk soda untuk membersihkan air kencing berkenaan.

Lelaki itu kembali semula ke tempat duduk 15 minit kemudian.

Sementara itu WBTV melaporkan, Gardner akan didakwa atas tuduhan mendatangkan kemusnahan terhadap pesawat dan akan dihadapkan ke mahkamah persekutuan.