LA ESMERALDA 18 April - Sekurang-kurangnya 246 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 7.8 semalam, selain turut mencederakan lebih 2,500 yang lain serta merosakkan infrastruktur di negara itu.

Antara bandar yang paling teruk terjejas adalah di La Esmeralda, di mana 90 peratus daripada rumah di situ dilaporkan musnah.

Kematian turut dilaporkan berlaku di bandar wilayah Manta, Portoviejo dan Guayaquil, walaupun bandar-bandar tersebut terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gempa.

Pergerakan kuat turut dirasai di bahagian utara dan selatan kawasan metro bandar Quito sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.

Kerosakan struktur yang teruk juga dilaporkan di sekitar penempatan pantai Manabi dan Guayas

Kali terakhir gempa bumi melanda Ecuador adalah pada 1979.