REYKJAVIK - ICELAND 6 April - Perdana Menteri Iceland meletakkan jawatan selepas terbitnya laporan Panama Papers yang mengatakan beliau dan isterinya menyembunyikan aset bernilai jutaan dolar di luar negara.

Menurut BBC, Sigmundur Gunnlaugsson dan isteri tidak mendedahkan pemilikan sebuah syarikat di luar negara ketika dilantik.

Sigmundur bagaimanapun mendakwa telah menjual segala saham kepada isterinya dan menafikan sebarang salah laku.

Sejak Panama Papers didedahkan, beribu-ribu rakyat Iceland menunjuk perasaan di hadapan parlimen manakala pihak pembangkang sedang mengumpul unti tidak yakin terhadap pemerintahan Sigmundur.

Semalam, Sigmundur meminta supaya parlimen dibubarkan dan diadakan pilihanraya secepat mungkin.

Walaupun Parti Progresif yang memegang majoriti kerusi parlimen mahu melantik pengganti, pihak pembangkang tetap mahukan pilihanraya diadakan.