JAKARTA 5 April - Lapangan terbang di Indonesia terpaksa ditutup sementara berikutan kejadian dua pesawat bertembung di landasan pada petang Isnin.

Tiada laporan kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu.

Kejadian berlaku di lapangan terbang tentera yang turut mengendalikan penerbangan awam untuk mengurangkan kesesakan di lapangan terbang komersil utama di Jakarta.

Syarikat penerbangan Batik Air berkata dalam kenyataan, pesawatnya membawa 49 penumpang dan tujuh kru bertembung dalam bergerak untuk berlepas dengan pesawat TransNusa yang sedang ditunda.

Imej yang disiarkan online menunjukkan kerosakan teruk pada sayap Boeing 737-800 milik Batik Air.

Ia berkata, penumpang dan kru dipindahkan dengan selamat. - AP