Walaupun sudah tersingkir pada minggu lalu didalam konsert Gempak Superstar, ada desas-desus mengatakan Tasha Shila membeli undi ketika menyertai program nyanyian itu supaya menampakkan beliau mempunya kelas tersendiri berbanding peserta lain.

Menurut laporan Utusan Online, dalam usahanya untuk menjadi juara pertama program tersebut, Tasha dikatakan sanggup turun padang untuk bertemu dengan para peminatnya yang kebanyakkannya adalah lelaki di sebuah kedai makan supaya dapat membeli jiwa peminatnya.

Bukan setakat itu sahaja, malah Tasha juga sempat memuat naik sebuah video di Instagramnya yang menunjukkan beliau sedang beradu suara dengan peminatnya sendiri. Gigih sungguh Tasha membeli peminatnya sampaikan ada hashtag #KakiRibutGengTashaShilla lagi.

Namun walaupun Tasha kelihatan begitu beriya meraih undi daripada peminatnya, persembahan beliau pada setiap minggu masih dilihat syok sendiri dan bersuara sumbang. Minggu lalu juga menyaksikan beliau berada di tangga tercorot dan sekaligus tersingkir daripada program tersebut

Apapun mungkin itu adalah salah satu cara bagi Tasha menghargai peminatnya yang sanggup mengundi untuk mengekalkan beliau di dalam program tersebut. Tidak ramai selebriti tempatan kita yang mampu mencuri perhatian orang ramai dengan cara sebegitu.