KUALA LUMPUR 7 April - Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara kolektif menawarkan diri untuk meletak jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung prestasi syarikat itu.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Pengarah 1MDB berkata, keputusan itu diambil bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC.

"Ia keputusan yang sukar untuk diambil, tetapi kami percaya ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC.

"Lembaga Pengarah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa Laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran pelbagai dakwaan palsu ke atas syarikat," kata kenyataan berkenaan.