BIRMINGHAM10 Mac - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui terkejut dengan kekalahan di tangan pemain India, B Sai Praneeth pada pusingan pertama Kejohanan All England di sini, malam tadi.

"Saya tidak percaya saya tewas pada pusingan pertama.

 "Saya membuat persiapan dengan rapi dan menang empat kejohanan baru-baru ini.

"Mungkin saya terlalu menekan diri sendiri untuk memenangi kejohanan ini.

" Saya melakukan banyak kesilapan. Namun, saya juga terkejut dengan permainan bagus ditampilkan oleh Praneeth.

"Tapi ini adalah proses pembelajaran. Saya sedih tewas dalam kejohanan seperti All England ini, namun sasaran saya adalah Olimpik," katanya selepas perlawanan itu.

Chong Wei, yang pernah memenangi gelaran All-England sebanyak tiga kali tunduk mengejut 24-22, 22-20 kepada pemain berkedudukan ranking ke-36 dunia, yang dilihat pada awalnya bergelut untuk menang selepas ketinggalan jauh 3-11 dan 6-15 pada set pertama. .- AFP