KUCHING 29 Mac - Polis Sarawak melancarkan gerakan mengesan seorang lelaki dan wanita yang disyaki melarikan kanak-kanak berusia tujuh tahun di Jalan Astana, Petra Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, Haiqal Haqimi Suhini dilapor dilarikan ketika bermain di perkarangan rumah neneknya berhampiran Arked Plaza MARA, Jalan Astana.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit, kanak-kanak terbabit dihampiri seorang wanita bertudung yang membawanya ke bahu jalan sebelum menahan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki.