DAMANSARA 24 Mac - Sebuah lori yang membawa muatan pasir dilaporkan terbalik di KM15.5, NKVE menghala Subang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.53 tengah hari.

Menurutnya, jentera pertama tiba tujuh minit selepas itu diketuai Komander Operasi, PBK II Jaswan dan lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat Damansara.

"Setibanya di lokasi kejadian dapati memang benar berlaku kemalangan.

"Bagaimanapun, pemandu terlibat tiada dilokasi dan gagal dikesan," katanya.

Menurutnya, bomba kemudian menjalankan kerja-kerja membersihkan pasir yang bertaburan atas jalan.