KOTA KINABALU 4 Mac - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 skala Richter berlaku di Lahad Datu pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu dikesan pada kedudukan 4.9 darjah utara, 118.6 darjah timur dengan kedalaman 25 kilometer, kira-kira 35 kilometer di tenggara bandar Lahad Datu, jam 8.43 pagi.

Ia adalah gempa bumi ketiga berlaku di daerah itu selepas gempa bermagnitud 3.2 dan 3.5 pada 16 Februari dan 1 Mac lalu.