Komplot kerjasama beberapa bekas pemimpin kerajaan dikepalai Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang terbukti mengalami kegagalan sebaik sahaja ia dimulakan.

Ini kerana, idea pembaharuan pembangkang amat jauh bezanya daripada idea Dr Mahathir mengenai perkara itu dan mereka tidak sepakat mengenai butiran terperincinya.

Keadaan ini sudah cukup untuk menjamin kegagalannya sejak awal lagi, sama seperti yang telah dialami Pakatan Rakyat. Marilah kita sama-sama mendengar dahulu apakah agenda pembaharuan mereka secara penuh, sebelum meminta rakyat menyokongnya.

Apa pula selepas itu?

Dr Mahathir berkata ia hanya bertujuan untuk menyingkirkan Najib agar Malaysia dapat diselamatkan.

Menyelamatkan daripada apa? Apa yang beliau maksudkan ialah isu 1MDB, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya kerana perkara itu sudah diselesaikan dan tidak lagi merupakan suatu isu.

Malah, perkara berkaitan RM2.6 bilion juga sudah diselesaikan.

Mereka perlu jujur dan tidak memperdaya rakyat. Mereka sedar bahawa langkah mereka untuk menyingkirkan Najib telah gagal dan ini hanya merupakan langkah untuk menyelamatkan air muka mereka.

Ia hanyalah satu pertunjukan sampingan untuk memberi tanggapan bahawa usaha itu belum berakhir, sedangkan pada hakikatnya, ia telah berakhir beberapa bulan lepas.

Sebenarnya, ia merupakan perhimpunan oleh orang yang tidak mendapat tempat dan manusia daripada beraneka ragam, yang hanya disatukan oleh satu perkara iaitu: benci kepada Najib.