SHAH ALAM -22 Mac‎ Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini dihalang memasuki Sarawak atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Memetik kenyataan Sekretariat komunikasi Amanah hari ini, Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditahan ‎ketika melalui pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Sibu.

"Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi dan ditahan.

"Kini beliau dalam proses dihantar pulang ke Semenanjung," petik kenyataan itu hari ini.