KUALA LUMPUR 17 Mac - Jawatan penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) yang disandang Tun Dr Mahathir Mohamad terlucut sebaik saja pemimpin itu isytihar keluar UMNO.

Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata mesyuarat khas majlis tertinggi pertubuhan itu hari ini memutuskan untuk menghantar surat terima kasih kepada Dr Mahathir sebagai menghargai khidmat nasihat bekas Perdana Menteri.

Beliau berkata, Dr Mahathir menyandang jawatan penaung sejak MUBARAK ditubuhkan pada tahun 2005.