KUCHING 31 Mac - Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang ke-11 diadakan.

Beliau berkata tarikh itu telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ketika beliau mengadakan pertemuan dengan beliau pagi tadi.

"TYT (Taib Mahmud) meminta supaya DUN Sarawak dibubarkan oleh kerana dia yang boleh (ada kuasa) membubarkan DUN. Selepas itu terpulanglah pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bilakah hari penamaaan calon dan tarikh pengundian," katanya pada sidang media hari ini.