KUALA LUMPUR 29 Mac - Sejumlah RM135.6 juta diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, berkata PRN Sarawak sebelum ini membabitkan perbelanjaan berjumlah RM79 juta.

Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wong Ling Bie (DAP-Sarikei) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ling Bie meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah diperuntukkan kerajaan bagi PRN Sarawak tidak lama lagi dan kos pilihan raya negeri yang lalu.