KUCHING 15 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau memberikan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau melihat Perdana Menteri sebagai seorang yang prihatin dan mesra dengan Sarawak.

“Sarawak jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, terutama negeri di Semenanjung Malaysia, dan banyak yang kami perlu lakukan. Pada diri perdana menteri, saya melihat seorang yang mengambil berat perkara ini, mengenai keadaan ekonomi dan sosial kami, dan beliau cuba melakukan yang terbaik (untuk membantu Sarawak).

“Sebab itu saya sokong beliau," kata Adenan dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini.

Pasukan wawancara itu diketuai Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Adenan berkata, perdana menteri telah memperuntukkan berbilion ringgit bagi pembangunan Sarawak, termasuk RM16 bilion untuk projek Lebuh raya Pan Borneo