NEIHU, Taipei - 29 Mac - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipenggal di depan ibunya sendiri oleh seorang lelaki kurang siuman kira-kira jam 11 pagi semalam, lapor media tempatan.

Menurut South China Morning Post (SCMP), lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang, 33 tahun itu sudah ditahan polis.

Difahamkan, beliau kurang siuman dan mempunyai rekod berkaitan jenayah dadah. Kejadian dipercayai berlaku di Neihu, timur Taipei menggunakan pisau pemotong daging.

Shanghaiist melaporkan, suspek membeli parang dari sebuah kedai pagi ini dan merayau sekitar Stesen Metro Xihu.

Suspek kemudian ternampak seorang anak kecil sedang menunggang skuter mini, menurut Apple Daily.

SCMP melaporkan, ibu kanak-kanak itu menyangka Wang cuba membantu anaknya naik ke atas bukit sebaliknya dia mula menikam beberapa kali dengan pisau itu. - Agensi