CLEVELAND 14 Mac - Pendahulu calon Republikan, Donald Trump tetap akan muncul di beberapa lagi perhimpunan pada Ahad walaupun ketegangan memuncak dan pesaing Rumah Putih lain memberi amaran retorik panas Republikan mengundang bahaya.

Jutawan hartanah yang lantang dengan retorik terhadap pendatang dan masyarakat Islam itu dijadual akan terbang ke tiga rapat umum di llinois, Ohio dan Florida.

Ia antara lima negeri yang bakal menjadi hos kepada pertandingan pencalonan dalam pusingan undian penting pada Selasa, termasuk Missouri dan North Carolina.

Walaupun Trump mendahului dalam undian kebangsaan dan kiraan perwakilan parti, beliau tewas dalam pertandingan pencalonan di Washington, DC dan Wyoming masing-masing di tangan pesaingnya Rubio dan Ted Cruz.

Pada Jumaat, keganasan memuncak memaksa Trump membatalkan perhimpunan di Chicago apabila orang ramai mula membaling botol dan bertumbuk. Sekurang-kurangnya lima orang ditahan. - Agensi