BAGHDAD 9 Mac - Dua pegawai kanan perisikan Iraq berkata pasukan khas Amerika Syarikat (AS) di Iraq menangkap ketua unit senjata kimia militan IS dalam satu serbuan bulan lalu.

Pegawai terbabit memaklumkan The Associated Press (AP), lelaki itu, Sleiman Daoud al-Afari, pernah bekerja untuk Lembaga Perindustrian Tentera yang kini dibubarkan, dengan pengkhususan dalam senjata kimia dan biologi.

Mereka berkata, lelaki terbabit mengetuai cawangan senjata kimia militan IS.

Tiada pengesahan dibuat pihak berkuasa AS. Militan IS dipercayai membangunkan dan menggunakan gas mustard di Iraq dan Syria. - AP