Vokalis kumpulan Slam, Zamani akui dirinya masih tidak berpunya dan dalam masa yang sama menafikan status beliau yang tidak berkawhin kerana kecewa dan tidak move on dengan kisah cinta lama.

“Tiada istilah kecewa dalam hidup saya walaupun pernah beberapa kali putus cinta. Sebagai manusia biasa saya ada keinginan untuk berkahwin, tetapi mungkin belum tiba masanya”


“Tetapi saya tidak menolak sekiranya memang sudah ditakdirkan saya berkahwin. Saya serahkan semuanya kepada qada’ dan qadar,” jelasnya menerusi portal Astro Gempak selain menyatakan keinginannya untuk berkahwin tetapi haruslah menerima dirinya seadanya.

Merungkai kembali cerita lama, pada awal tahun lepas setelah Zamani ditahan atas tuduhan salah guna dadah, komposer terkenal Saari Amri yang juga rapat dengan Zamani telah memuatnaik status berkaitan dengan Siti Nurhaliza namun Siti enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.