Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok akui kini sedang rapat dengan seorang wanita berstatus VVIP yang khabarnya sudah dikenalinya sejak tiga tahun lepas. Bagaimanapun Wak mempunyai jawapan tersendiri berhubung gosip itu.

Menerusi portal Malaysian Digest, Wak menjelaskan keserasian bersama wanita misteri itu kerana beliau juga bekerja dalam bidang kewartawanan dan mempunyai pengalaman dalam dunia hiburan.

“Ya saya berkawan baik dengan dia dan sejak akhir-akhir ini hubungan kami rapat. Kami mula berkenalan ketika di sebuah majlis anjuran anak Timbalan Perdana Menteri, kira-kira tiga tahun lalu”

“Saya suka berkawan dengan dia tambahan dia pun minat fesyen. Kami pernah keluar berdua dan sering juga kami berkongsi masalah seperti masalah tentang kerja,” katanya.

Dalam pada itu, desas desus ada mengatakan wanita VVIP itu adalah bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim. Namun Wak sehingga kini Wak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa mereka menjalinkan sebarang hubungan.