Akibat daripada kecederaannya sehingga menyebabkan patah hidung akibat dipukul oleh bekas suaminya, Awie, Rozana Misbun menyatakan dia akan mengemukakan saman kepada penyanyi tersebut bagi menjernihkan kembali imejnya.

“Saya rasa lega bukan sedikit. Permohonan maaf Awie itu jelas membuktikan kebenaran pada pihak saya. Malah selama ini dia melemparkan pula tohmahan dan fitnah tidak berasas kepada saya dalam usaha mengalih perhatian orang ramai terhadap pertuduhannya itu”

“Saya sudah lama maafkan perbuatan Awie tetapi sebagai manusia bukannya mudah untuk kita melupakan sesuatu peristiwa itu lebih-lebih lagi apabila ia mendatangkan kesan yang pahit”

Tambah Rozana, ketika ini dia sedang dalam proses perbincangan dengan peguam untuk meneruskan kes sivil yang berkaitan dalam usaha untuk menuntut ganti rugi begi kecederaan kekal (hidung patah) yang dialaminya.

“Selain itu saman malu akan saya kemukaan terhadap Awie bagi menjernihkan kembali imej saya yang tercalar teruk di mata masyarakat kesan daripada satu demi satu kenyataan buruk serta tidak masuk akal yang dia berikan kepada media selama ini.

Saya mahu selepas ini dia mengunci mulut daripada berterusan mengaitkan saya atau mengaibkan saya lagi dalam hidupnya. Cukup-cukuplah!,” tegasnya lagi.