KUALA LUMPUR 22 Mac - Ringgit Malaysia mengukuh di bawah paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat iaitu diurus niaga pada 3.9855 jam 2.45 petang tadi.

Pengukuhan Ringgit Malaysia itu adalah buat kali pertama sejak Ogos didorong kenaikan harga minyak mentah global.

Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$41.70 setong, tertinggi pada tahun ini.