KUALA LUMPUR 10 Mac - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini dipacu permintaan lebih baik selaras dengan pemulihan harga minyak.

Pada jam 9.11 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1185/1245 berbanding 4.1250/1349 yang direkodkan pada jam 5 petang semalam.

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan dasar kadar semalaman kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam juga membantu kedudukan ringgit.

Sementara itu, ringgit juga juga lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia lebih baik berbanding dolar Singapura kepada 2.9769/9834 daripada 2.9788/9863 semalam dan meningkat berbanding euro 4.5238/5316 dari 4.5272/5397.

Unit tempatan itu lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.8483/8593 daripada 5.8633/8786 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6338/6400 dari 3.6660/6758.