LONDON: Pengendali dari Sepanyol, Pep Guardiola, menandatangani kontrak selama tiga tahun sebagai Pengurus Manchester City, bermula Julai ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi. Berikutan itu, penyandang jawatan berkenaan ketika ini, Manuel Pellegrini akan meninggalkan tugasnya secara rasmi di Etihad pada 30 Jun. "Menghormati Manuel Pellegrini dan pemain, kelab mengambil keputusan secara umum untuk mengatasi spekulasi yang membebankan. "Manuel yang sangat menyokong keputusan untuk membuat pengumuman ini, akan memberi fokus sepenuhnya terhadap sasaran musim ini dan mengekalkan rasa hormat serta komitmen terhadap mereka yang terbabit dengan kepemimpinan kelab." - REUTERS

Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/120220