KUANTAN 25 Feb - Kerajaan Pahang membuat laporan polis berhubung lima akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Laporan dibuat di Balai Polis Kuantan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, sebagai wakil kerajaan negeri.

Ditemui selepas itu, Shahaniza berkata laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat identiti pemilik akaun terbabit yang didakwa menghina dan membuat provokasi melampau.

"Ia bagi memberi pengajaran supaya kita menghormati sultan dan institusi Raja Melayu.

"Selain kerajaan negeri, empat lagi pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah membuat laporan berhubung perkara sama," katanya di sini, sebentar tadi.