Teringat drama-drama Melayu lama. Asal adegan suami isteri berkahwin tak dapat anak saja, mesti orang tuduh si isteri mandul. Walaupun hanya drama, persepsi begitu terbawa di luar hingga ada yang menyalahkan isteri apabila tidak mempunyai anak.
Hakikat sebenarnya, kadang kala si suami yang bermasalah. Buat lelaki, korang tahu tak 40% masalah kemandulan korang berpunca daripada kualiti sperma? Bunyinya menyedihkan bukan? Itulah fakta. Jom baca linformasi berkaitan masalah kemandulan seperti yang dibincangkan dalam majalah Maskulin.

1. Kemalangan
Jika korang pernah mengalami kemalangan atau terjatuh hingga menyebabkan rasa sakit pada testis, korang harus berjaga-jaga. Korang mungkin sudah tidak berasa sakit bebrapa ketika selepas terjatuh tetapi testis mungkin mengalami masalah dan jika masalah itu merebak kepada spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma), fungsi testis akan terjejas dan tidak mampu lagi menghasilkan sperma yang berkualiti.

2. Kesihatan
Jika korang seorang perokok tegar, hati-hati. kadar nikotin dalam tubuh orang yang merokok boleh mengurangkan atau merosakkan sperma yang dihasilkan. Lelaki yang kerap ambil ubat-ubatan mengandungi steroid juga perlu berhati-hati. Memang benar, steroid adalah hormon sitesis yang bantu membentuk tubuh tetapi dalam masa sama ia boleh menyumbang masalah ketidaksuburan pada lelaki. Selain itu, tekanan di tempat kerja. Bawa pula tekanan ke rumah. Apabila badan tertekan, ia tidak mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

3. Keturunan
Azoospermia yang bermaksud kekurangan sel sperma dalam air mani (atau dalam sesetengah kes-tiada langsung!) adalah disebabkan faktor genetik yang dibawa samada gen daripada ibu atau bapa.

4. Cara Pemakaian
Lelaki yang suka memakai seluar ketat perlu berhati-hati. tabiat anda itu boleh menyebabkan suhu pada testis meningkat dan mengakibatkan pengeluaran sperma menurun. Jadi, tak payahlah nak ikut trend sangat dengan memakai seluar kecil atau ketat. Buruk padahnya!

Akhir sekali, Abang Ohsem nak pesan, jalanilah gaya hidup yang sihat.
Sekiranya korang rasa was-was dengan tahap kesihatan lebih-lebih lagi melibatkan alat sulit, jalanilah ujian seperti ujian menentukan kandungan sperma air mani.
Jangan bila sudah beberapa tahun berkahwin, suami pandang muka isteri, isteri pandang muka suami bila tak ada anak! - Ohsem.la